mencapai kasih rabb

mencapai kasih rabb
jihad itu ibadah~dakwah itu pasti

Perjalanan seorang hambaNya

Alhamdulillah...setinggi rasa syukur ku panjat buat pemilik cinta abadi. Dia yang mengatur semua urusan hambaNya yang kerdil ini.

Hati ini pernah terdetik, adakah aku ini layak untuk menjadi pejuang dalam agamaNya. Sedangkan di sisi ku menanti terlalu banyak tanggungjawab yang perlu aku hadapinya dengan tenang. Masa berlalu dan terus berlalu.


Allah mendengar doaku.. "Ya Allah dekatkan aku dengan biah sabiah (suasana yang baik)" Itulah dikatakan hebatnya kuasa Allah. Sehinggakan masa yang berlalu tanpa aku sedari, aku berada ada biah yang baik. Suasana yang mengajar aku tarbiyyah rabbaniah.


 Dalam kesibukkan aku menjalani hidup sebagai seorang anak kepada ibu dan bapaku, seorang sahabat kepada teman-teman seperjuangku, dan paling penting seorang hamba kepada yang Maha Kuasa.


 Allah mengirimkan kepadaku seorang Mas'ul yang dikatakan memang seorang yang hebat dan tegas dengan prinsip hidup sebagai mukminah.


 Terkadang ada juga terdetik di hati ini perasaan cemburu dengan sahabat-sahabatku yang berada dalam biah keluarga yang baik (bait muslim).Sahabatku yang mempunyai latar belakang keluarga yang memang hebat. Ayahnya seorang Naqib dan ibunya plak seorang Naqibah. hebat bukan? bukan calang2 orang lahh...

Seorang pensyarah juga seorang Naqib dalam usrah. ada juga seorang sahabatku yang pak saudara dia seorang guru yang alim di salah sebuah pondok berdekatan rumahku. Mmg hebat orangnya.

 Astagfirullahalazim.... aku terus beristighfar kepadaNya. Aku lupa untuk mensyukuri nikmat kasih sayang yang amat mendalam yang dicurahkan dr sepasang suami isteri yang amat bahagia. Aku lupa bahawa aku sentiasa dapat kasih sayang yang terbaik dr sepsang suami isteri ini.

Mereka tidak pernah lupa akan kebajikkan ku. Mereka terlalu menyayangiku sehinggakan aku kadang2nya di gelar "intan payung"

hihi... ape tue? macam anak kesayangan lahh.. sebabnya dalam family aku je anak seorang perempuan. yang lain semua Hero. best kan...?

Subhanallah... dengan Allah hadirkan aku suasana yang baik, tarbiyyah.... semakin aku meneruskan kehidupan semakin aku rasa masa itu tidak cukup. tanggungjawab yang ku pikul semakin mendesak dari masa yang ada...


aisyah sayang... nanti besar nak jadi ape?? tanya aku kepada anak menakanku yang sulong berumur 4tahun. orang utara panggil anak menakan tue sebagai anak saudara.. anak abang yang sulong...

aisyah nak jadi ustazah Fatimah Syarha cikgu aisyah sofia..... tersenyum aku mendengarnya.. gelagat anak kecil yang tidak tahu apa itu erti perjuangan dalam kehidupan.

Mungkin dia menjadikan aku sebagai ikon dia.... hehe..perasan jerr....yelakan sebabnya dia menggabungkan namaku di depan sebelum namanya.. Subhanallah.. Cerdik betul IQ anak kecil yang suci dari sebarang dosa ni.

Muda2an perjuangan aku sikit sebanyak memberi semangat buat aisyah anak menakanku agar tanam semangat pejuang sebagai mukminah yang berwawasan dlm memperjuangkan islam.

No comments:

Post a Comment