(Part 1)
Syafarah memandang sepi pemandangan musim luruh dari beranda rumah sewanya.
Dedaunan kering menari ditiup angin petang. Pagi tadi hujan sedikit lebat. Suhu petang itu kira-kira 13 darjah Celcius.
Sejuk mencengkam tulang belulang gadis Melayu itu. Sesekali dia benar-benar
teringatkan keluarga yang ditinggalkan di tanah air. Rindu bukan kepalang lagi.
Dia juga teringatkan duit belanja biasiswanya yang disekat tanpa sebarang
alasan. Ahh….politik betul pihak atasan!
Namun, bukan semua itu yang membuat dia resah dan gelisah.
Khaulah….sahibah yang amat disayangi
dan dihargainya. Setahun ketika mereka bersama-sama belajar di Program Asasi
Sains Universiti Malaya dulu cukup besar
ertinya dalam lipatan kenangan Syafarah. Masa berlalu begitu cepat.
Serangan jahiliyyah begitu licik. Setahun setengah di bumi Queen Elizabeth ini
sudah banyak mengubah diri mereka. Gumpalan perasaan kesal mula menyerang kalbu
kecilnya. Bekalan iman yang dibajai di UMP dulu sudah mula kehabisan tenaga.
Sebelum melangkah ke sini dahulu…..
Terasa diri sudah pun bersiap sedia dengan senjata
dan kelengkapan perang fikrah. Namun hakikatnya…persiapan tersebut belum pun
cukup matang untuk menumpaskan musuh iman. Mereka sudah mula berlari di track yang sama dengan manusia lain yang hidup
tanpa sentuhan tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah. Arus jahiliiyyah direnangi
dengan hati yang senang dan tenang.
“ Ya Allah…aku rindu aku yang
dahulu,” begitulah munajat hati kerdil
Syafarah. Saat dia terkenangkan posisinya di sisi Allah dan Islam, hati
bertambah lesu. Hidup tanpa murabbi di sini amat mendukacitakan. Setiap
kesilapan dan kelalaian berlalu tanpa teguran.
Simpulan ikatan hati semakin longgar. Kalau dahulu kerana Allah, kini
kerana first class honor. Hati
terasa beku dan kaku. Berkali-kali dibacanya Surah Al-Waqi`ah, namun setitik
air mata khauf pun tidak menitik. Dipegangnya buku Men Around The Messenger
dengan harapan terdidik dengan perjuangan jihad awwaluun, namun semua itu gagal
membuahkan hasil. Duit belanja makan hariannya di infaq, dalam hati berdoa agar
Allah mencurahkan cahaya kasihNya kembali. Malang….Syafarah gagal lagi.
Dikerah nafsunya berpuasa Isnin Khamis, sayang sekali.. .natijahnya umpama
mendapat penat dan lelah tanpa merasai kenikmatan berubudiyyah kepada Allah.
Berkali-kali dia termenung di atas katil empuknya untuk bermuhasabah, namun
segalanya berakhir dengan dengkuran panjang. Ya Rabbi….apakah ada dosa yang
tidak sudi Kau ampunkan? Menjelang malam sepi dia bangun untuk mencuri
perhatian pemilik ruhaninya, tetapi baru dua rakaat solahnya dia sudah rebah
tidak bermaya. Ya Ilaahi….mengapa ni?
“ Jalan ini memerlukan bekalan dan persiapan yang besar dan banyak. Tanpa
bekalan dan persiapan yang rapi, para da’i bakal tersungkur menyembah bumi.
Kerana itu, para da’I perlulah hidup dalam dunianya sendiri tanpa terpengaruh
dengan perubahan palsu yang menari disekelilingnya.”
Mata Syafarah terpaku seketika pada
catatan yang pernah dicatat di dalam buku halaqahnya . Dia terigaukan halaqah
yang dihadirinya setiap minggu di tanah air dulu. Benarlah huraian mas’ulahnya,Kak
Mazni, kira-kira 3 tahun yang lalu. Dia
kekurangan bekalan dan persiapan. Muayyid-muayyid yang di cekup nya dulu
dibiarkan tanpa dihubungi. Dia benar-benar kelesuan!! Dia meneruskan pembacaannya.
Tulisan-tulisan itu walaupun hodoh kerana bersambung-sambung tanpa khat yang
betul, tetapi ia begitu berharga.
Namun…..yang menyentuh hati sang manusia ialah
Allah. Bukan fikrah yang tercatit di lembaran buku catatan, ataupun amal-amal
soleh yang diperjuangkan. Walau solah 20 rakaat sekalipun, seandainya Allah
tidak mengangkat hijab di hati, semuanya tidak berhasil. Sesungguhnya kalbu
manusia di celah jari-jemari Allah. Allah berkuasa memalingkannya ke arah yang
dikehendakiNya. Ruhnya longlai mengenangkan semua itu. Oh Allah...datanglah
padaku…air matanya tumpah mengenangi kelesuan yang melanda diri. Syafarah menyambung telekunya di beranda itu. Tangan
ditadah ke langit biru. Matanya merenung jauh merentasi pameran alam Ilahi
seindah saujana mata memandang.
“ Ya Allah, kurniakanlah kepadaku
kedua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan
linangan air mataku itu kerana takutkanMu. Perkenankanlah permohonanku sebelum
mengalir dari kedua mata ini air mata darah, Ya Allah, kepadaMu lah aku
kembali…”
Dia melepaskan nafas panjang.
Alangkah indahnya sekiranya derita itu terhembus keluar bersama deruan
nafasnya. Argh…beriman tidak semudah itu!! Dia mendesak diri untuk keluar dari
lubuk kelesuan ini, namun bagaimana? Segala amalnya seperti ditolak Allah. Alangkah
tidak berharganya sebuah kehidupan begini…
Buat Ukhti Syafarah da’iyah pemegang masa depan ummah,
“ Hai anak Adam, carilah
Aku nescaya engkau akan bertemu denganKu. Jika engkau dapat menemuiKu ertinya engkau telah
mendapat segala-galanya. Tapi jikalau Aku luput darimu ertinya engkau telah
luput dan kehilangan segala-galanya. Sewajarnyalah engkau mengasihiKu dari
segala-gala yang lain.” ( Hadis Qudsi)
Anak mataSyafarah berlari-lari membaca bait-bait hadis itu. Dia
memejam matanya erat. Kad berwarna biru itu dihadiahi oleh akh Abdullah Mas`ud pada hari dia berlepas ke London International
Airport. Wahai Abdullah Mas`ud, seandainya anta tahu ana di marhalah ini, pasti
anta tidak sudi lagi untuk memperisterikan diriku. Pasti akhi sedang bersilat
dengan dunia akhi selaku da’I dan murabbi di tanah air sana. Sedang ana di sini berperang dengan nafsu pun
sudah tertewas. Tunangku, tidaklah
semudah yang disangka untuk mencorak diri selari dengan fikrah Islam yang semestinya
kita fahami. Di sini ana hidup tanpa murabbi mithali, tanpa biah solehah juga
manhaj Rabbani yang ana sendiri masih jahil tentangnya.
**** Will Be Continue****