(Part 2)
“ Khaulah, malam ni kita buat halaqah boleh? Hati ana dah tak tahan
dah ni, iman ana dah nyawa-nyawa ikan.
Dah berapa bulan kita tak bersama,” Kata Syafarah pada Khaulah ketika mereka sedang dalam
perjalanan ke Manchester University of
Science And Technology.
“ Malam ni actually ana
ada perjumpaan Exco PPIMUK.”
“ Kalau minta uzur syar’ie tak boleh ke?”
“ Mana boleh, ana Exco Tertinggi.
Kalau tak datang, jatuh reputasi. Lagipun kami ada projek besar nanti menjelang
Aidil Fitri hujung tahun ni. Sorilah Syafarah , kita tangguh boleh?”
“ Ukhti…ana cakap sikit boleh?”
“ Cakap apa? Ana kalut ni,” Jawab Khaulah diiringi senyuman
kering.
“ Takpelah kalau macam tu. Kita cakap kemudian. Cuma….Cuma ana nak sampaikan pada anti yang actually
ana nampak anti dah jauh dari track kita. Errr…that’s all. We meet tonight,
InsyaAllah.”
Syafarah menyudahi bicaranya di
situ. Gadis Penang itu dapat merasakan
yang dia sudah tidak ikhlas lagi terhadap Khaulah, yang semakin hari semakin
berbeza. Dia tidak sanggup memandang anak mata Khaulah yang cantik itu di saat
dia melepaskan kalimat itu tadi. Entah apa rasa hati Khaulah agaknya….marah?
geram? Tersedar? Wallahua’lam. Syafarah dan Khaulah berpisah di situ. Khaulah melepasi
pagar universiti manakala Syafarah perlu menaiki bas untuk ke fakultinya. Hati Syafarah
kembali pudar . Terkesima juga dia
dengan jawapan Khaulah yang sudah dijangkanya Syafarah beristighfar…..lupa
pula…..da’I perlu berbesar hati dan berlapang dada berhadapan dengan seribu
satu situasi yang menyukarkan proses berlaku. Dia sahibahku….bukan orang lain!!
. “ Kesibukan yang tidak ke
mana-mana…” Syafarah mendengus sendirian. Beginilah masa-masa
Mukmin dihabiskan. Mukmin terlalu sibuk dengan agenda kehidupan yang belum
pasti. Mesyuarat siang malam, namun maksiat terus berleluasa, malah semakin
dahsyat. Mukmin telah terlupa beramal tanpa noktah bidayah yang betul akhirnya
membuahkan bibit-bibit kefuturan yang busuk. Semangat semata-mata
akhirnya tidak ke mana-mana.
“ Nak survive macam mana kalau tak
ada halaqah? Along cakap senang la. Along kat sana ramai sahabat-sahabat yang
soleh. Tersilap ada yang menegur. Tengok kereta sahabat pun dah cukup untuk
membina kesungguhan. Syafarah kat sini dah lah hidup
disekeliling manusia laknatullah. Mana mungkin seorang manusia yang tidak
terdidik dapat mendidik manusia lain?”
“ Habis tu, Syafarah nak cakap Syafarah sanggup tunduk pada jahiliyyah dan kekufuran?!” Mus’ab
membidas butir bicara adiknya.Tajam. Mus`ab tersentak mendengar idea-idea Syafarah yang tidak matang. Tak bersedia, tak mampu,
tak layak, hati kotor lah, jauh dari Allah lah…tidak ada kekuatanlah…dan seribu
lagi alasan yang bermacam wajah dan rupa. Baginya, manusia yang hidup
diselaputi udara jahiliyyah punya peluang yang begitu besar untuk lebih
mendekati Allah. Dan yang paling penting, melaungkan seruan dakwah ilallah
adalah perkara asas yang wajib dimulai.
“ Bukanlah macam tu Along.”
“ Selagi mana kita tidak bertindak
untuk meruntuhkan jahiliyyah, selagi itulah kita dikatakan redha kepada system
yang menghina Islam Syafarah ingat dakwah tu pergi bagi ceramah macam
pendakwah bebas tu ke? Sekadar bagi ceramah tidaklah namanya mendukung Risalah,
tetapi kerja kita sekarang ialah membentuk peribadi yang selari dengan kehendak
Allah Syafarah tak perlukan modal, you do not need
transport, or money, or anything else. Cukuplah kalau mereka punya hati dan
hidup mencari sesuatu yang lebih bermakna.”
“ Hati Syafarah pun lesu, nak sentuh
hati orang macam mana…”
“ Inilah masalahnya. Dah tau hati tu
tak ada tenaga, do something Kak Long.”
“ Syafarah dah buat macam-macam!!
Along tak faham ke? Syafarah sampai
tahap tension sebab tak tau bagaimana nak rawat hati ini lagi.
Argh…..kadang-kadang Syafarah lebih gembira mati dan tidak pernah ada di
dunia ini. Tak perlulah Syafarah berhadapan
dengan Hari Pembalasan Allah yang sangat menakutkan.”
Mus`ab diam seketika. Dia cuba menyelami hati adiknya. Rasa lemah? Rasa tak berdaya? Donno to do anything? Aku juga pernah melalui stage itu. Stage yang dahsyat! Dia tidak ingin kembali ke marhalah itu. Ya….para du`at juga punya keletihan masing-masing. Kesilapan demi kesilapan yang diulang tanpa perubahan lah yang mencampakkan para da’I ke lembah duka dan gelisah. Adakalanya da’I terfikir aku tidak selayaknya lagi bersama dengan kafilah ini. No!! Never and forever to think such the way!! Mana mungkin manusia yang normal terfikir untuk melepaskan segenggam emas dan permata ditangannya kerena kecewa dan duka. Bodoh…mungkin itulah panggilan yang paling sesuai buat mereka yang terfikir sedemikian rupa. Walau bagaiman jelek pun pakaian, walau bagaimana raa tak layak pun untuk untuk memakai permata di tubuh, tak mungkin permata itu dibuang. Kan?
“ Keluarlah dari kepompong, lihat dunia disekeliling Syafarah dengan hati.
Dunia menderita kerana mereka kehilangan hati mereka sendiri. Sedang
kita tertipu untuk melengkapkan diri semata-mata tanpa menyeru orang lain
kepada Islam. Kita bukan nak jadi ahli sufi semata-mata, tapi kita perlu
menjadi da’I dan murabbi. Sesungguhnya dakwah lah yang mendekatkan diri kita
dengan Allah, dakwah lah yang memberi kita ruang untuk sentiasa memperbaiki
diri, Manusia yang hanya tahu untuk memperbaiki diri tanpa memulakan dakwah
adalah manusia yang hidup untuk dirinya sendiri. Lihatlah masyarakat yang
menderita di sekeliling Syafarah , normal kah Syafarah kalau tidak rasa kasihan dan mahu membantu mereka?
Bukankah Islam itu kekuatan dan kemenangan?”
Syafarah diam membisu. Ada benarnya
tamparan kata-kata Alongnya. Dia sudah melupakan penderitaan ummah. Hatinya
tidak terdengar tangisan sang ibu kehilangan anaknya...dirogol, dibunuh,
dilarikan, ditipu, dan diperkosa iman mereka. Dia lupa pada jerih payah sang
ayah mencari nafkah siang dan malam sehingga melupakan anak-anak. Anak-anak
dibiar subur bersama jahiliyyah. Lalu anak-anak menjadi manusia yang lupa diri,
gelap cita-cita, dan paling menyayat hati; anak-anak muda kehilangan kekuatan
untuk menempuh perjalanan kehidupan. Dia lupa pada derita masyarakat dihimpit
ideologi-ideologi manusia. Jiwa insan ditikam ketidakselesaan, keresahan,
kehasadan dan kefasikan. Manusia menjadi hamba manusia. Siang malam ditempuhi
dengan penuh kesengsaraan jiwa. Lupakah dia pada derita yang tidak pernah
terbayang begitu dahsyatnya? Kemiskinan bukanlah sengsara yang hakiki, tetapi
kemiskinan jiwa merupakan segala-galanya. Oh Allah, bala apakah yang menimpa umat ini?
“ Baiklah Syafarah, Syafarah fikirlah
dengan iman. Kita sudah tidak ada masa untuk duduk lagi. Ingatlah wahai
da’I ilallah, jauhkanlah diri Syafarah dari segala yang bernama al-hawa’.” Perbualan tarbawi mereka terhenti di situ
diakhiri dengan ucapan salam. Syafarah mendapat sedikit kekuatan untuk segera bangkit
kembali. Kita dah tak ada masa….detik hatinya
.
.
*****Will be continue******
No comments:
Post a Comment