صفحة

Gerhana Seorang Daie




 (Part 1)

Syafarah memandang sepi pemandangan musim luruh dari beranda rumah sewanya. Dedaunan kering menari ditiup angin petang. Pagi tadi hujan sedikit lebat.  Suhu petang itu kira-kira 13 darjah Celcius. Sejuk mencengkam tulang belulang gadis Melayu itu. Sesekali dia benar-benar teringatkan keluarga yang ditinggalkan di tanah air. Rindu bukan kepalang lagi. Dia juga teringatkan duit belanja biasiswanya yang disekat tanpa sebarang alasan. Ahh….politik betul pihak atasan!  Namun, bukan semua itu yang membuat dia resah dan gelisah.
            Khaulah….sahibah yang amat disayangi dan dihargainya. Setahun ketika mereka bersama-sama belajar di Program Asasi Sains Universiti Malaya dulu cukup besar  ertinya dalam lipatan kenangan Syafarah. Masa berlalu begitu cepat. Serangan jahiliyyah begitu licik. Setahun setengah di bumi Queen Elizabeth ini sudah banyak mengubah diri mereka. Gumpalan perasaan kesal mula menyerang kalbu kecilnya. Bekalan iman yang dibajai di UMP dulu sudah mula kehabisan tenaga.
Sebelum melangkah ke sini dahulu…..
Terasa diri sudah pun bersiap sedia dengan senjata dan kelengkapan perang fikrah. Namun hakikatnya…persiapan tersebut belum pun cukup matang untuk menumpaskan musuh iman. Mereka sudah mula berlari di track  yang sama dengan manusia lain yang hidup tanpa sentuhan tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah. Arus jahiliiyyah direnangi dengan hati yang senang dan tenang.
            “ Ya Allah…aku rindu aku yang dahulu,” begitulah munajat hati kerdil  Syafarah. Saat dia terkenangkan posisinya di sisi Allah dan Islam, hati bertambah lesu. Hidup tanpa murabbi di sini amat mendukacitakan. Setiap kesilapan dan kelalaian berlalu tanpa teguran.  Simpulan ikatan hati semakin longgar.  Kalau dahulu kerana Allah, kini kerana first class honor.  Hati terasa beku dan kaku. Berkali-kali dibacanya Surah Al-Waqi`ah, namun setitik air mata khauf pun tidak menitik. Dipegangnya buku Men Around The Messenger dengan harapan terdidik dengan perjuangan jihad awwaluun, namun semua itu gagal membuahkan hasil. Duit belanja makan hariannya di infaq, dalam hati berdoa agar Allah mencurahkan cahaya kasihNya kembali. Malang….Syafarah  gagal lagi.
Dikerah nafsunya berpuasa Isnin Khamis, sayang sekali.. .natijahnya umpama mendapat penat dan lelah tanpa merasai kenikmatan berubudiyyah kepada Allah. Berkali-kali dia termenung di atas katil empuknya untuk bermuhasabah, namun segalanya berakhir dengan dengkuran panjang. Ya Rabbi….apakah ada dosa yang tidak sudi Kau ampunkan? Menjelang malam sepi dia bangun untuk mencuri perhatian pemilik ruhaninya, tetapi baru dua rakaat solahnya dia sudah rebah tidak bermaya. Ya Ilaahi….mengapa ni?
“ Jalan ini memerlukan bekalan dan persiapan yang besar dan banyak. Tanpa bekalan dan persiapan yang rapi, para da’i bakal tersungkur menyembah bumi. Kerana itu, para da’I perlulah hidup dalam dunianya sendiri tanpa terpengaruh dengan perubahan palsu yang menari disekelilingnya.”
Mata Syafarah  terpaku seketika pada catatan yang pernah dicatat di dalam buku halaqahnya . Dia terigaukan halaqah yang dihadirinya setiap minggu di tanah air dulu. Benarlah huraian mas’ulahnya,Kak Mazni,  kira-kira 3 tahun yang lalu. Dia kekurangan bekalan dan persiapan. Muayyid-muayyid yang di cekup nya dulu dibiarkan tanpa dihubungi. Dia benar-benar kelesuan!! Dia meneruskan pembacaannya. Tulisan-tulisan itu walaupun hodoh kerana bersambung-sambung tanpa khat yang betul, tetapi ia begitu berharga.
Namun…..yang menyentuh hati sang manusia ialah Allah. Bukan fikrah yang tercatit di lembaran buku catatan, ataupun amal-amal soleh yang diperjuangkan. Walau solah 20 rakaat sekalipun, seandainya Allah tidak mengangkat hijab di hati, semuanya tidak berhasil. Sesungguhnya kalbu manusia di celah jari-jemari Allah. Allah berkuasa memalingkannya ke arah yang dikehendakiNya. Ruhnya longlai mengenangkan semua itu. Oh Allah...datanglah padaku…air matanya tumpah mengenangi kelesuan yang melanda diri. Syafarah  menyambung telekunya di beranda itu. Tangan ditadah ke langit biru. Matanya merenung jauh merentasi pameran alam Ilahi seindah saujana mata memandang.
           
            “ Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kedua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air mataku itu kerana takutkanMu. Perkenankanlah permohonanku sebelum mengalir dari kedua mata ini air mata darah, Ya Allah, kepadaMu lah aku kembali…

            Dia melepaskan nafas panjang. Alangkah indahnya sekiranya derita itu terhembus keluar bersama deruan nafasnya. Argh…beriman tidak semudah itu!! Dia mendesak diri untuk keluar dari lubuk kelesuan ini, namun bagaimana? Segala amalnya seperti ditolak Allah. Alangkah tidak berharganya sebuah kehidupan begini…

            Buat Ukhti Syafarah  da’iyah pemegang masa depan ummah,

            “ Hai anak Adam, carilah Aku nescaya engkau akan bertemu denganKu. Jika engkau dapat menemuiKu ertinya engkau telah mendapat segala-galanya. Tapi jikalau Aku luput darimu ertinya engkau telah luput dan kehilangan segala-galanya. Sewajarnyalah engkau mengasihiKu dari segala-gala yang lain.”   ( Hadis Qudsi)
           
Anak mataSyafarah  berlari-lari membaca bait-bait hadis itu. Dia memejam matanya erat. Kad berwarna biru itu dihadiahi oleh akh Abdullah Mas`ud  pada hari dia berlepas ke London International Airport. Wahai Abdullah Mas`ud, seandainya anta tahu ana di marhalah ini, pasti anta tidak sudi lagi untuk memperisterikan diriku. Pasti akhi sedang bersilat dengan dunia akhi selaku da’I dan murabbi di tanah air sana. Sedang ana di sini berperang dengan nafsu pun sudah tertewas.  Tunangku, tidaklah semudah yang disangka untuk mencorak diri selari dengan fikrah Islam yang semestinya kita fahami. Di sini ana hidup tanpa murabbi mithali, tanpa biah solehah juga manhaj Rabbani yang ana sendiri masih jahil tentangnya.
                                         **** Will Be Continue****

University of oxford


Situasi di rumah tika mana kesemua student-student di University Of Oxford sedang sibuk dengan persediaan final exam masing-masing. Sehinggakan aktiviti memasak di rumah yang sering dilakukan bersama menjadi sepi seketika. Semua sibuk dengan study dan buat hal masing-masing.
Pagi:
Siti : Assalamualaikum ira…
Ira : Waalaikumusalam. Siti, masuklah.
Siti : Ehh….ana ganggu awak x nie…?
Ira : Xda… Ok je. Ada ape anti cari kite ni?
*( Aikk... macam xsuke je kite jumpa dia, boleh plak tanya camtu.. relax-relax.. Awallul husnuzhon ok! )
Siti :Camni ira, ana nak tanya petang ni anti free x ?? ( siti cuba mengungkapkan kata-kata yang agak berat di hatinya untuk memulakan )
Ira : Petang ni….? Kenapa…??? Ada apa-apa yang mustahak….??
Siti : erMmmM……eeerRrMmmm… ana ingat nak ajak halaQah petang ni. Lama kita xbuat sejak bulan Exam ni. Rasa rindu plak nak hangatkan ruhh…
Ira : Oo…..yaka……..Halaqah………………………….. Ingat ape tadi. Suspen jela awak ni.Kite
      ingat petang ni nak ke rumah Mariam dekat arial Sakura’s ways. Dia minta tolong kite
      ajarkan electric and factory.
Siti : Dalam kui berapa…??
Ira : insyaAllah after zohor.
Siti : Ok. Kalau macam itu kita buat after asar. Sempatkan anti balik.? ( Allahu yassir wala
       tuassir )
Ira : Tengokla dulu kalau sempat balik. Naty kita inform lain. Ok.

Siti : Alhamdulillah. Ana harap anti dapat join ye... Xbest la kalau anti xda nanti.
Ira : Ok. ( dengan mirip muka selamber )

Tarbiyyah itu tidak hanya sekali dan tidak juga seketika. Ia memerlukan masa yang berterusan dan komitmen yang istiqomah dalam jalan tarbiyyah dan dakwah ini.

      Kadang-kadang perkara yang mencabar yang perlu di tangani oleh setiap naqib & naqibah, mas’ul & mas’uliiah adalah dalam perjalanan membawa anak-anak usrahnya untuk terus beri komitmen dan terus istiqomah dalam jalan ini. 

      Bukan mudah untuk membawa manusia terus dalam jalan yang baik ini. Tidak semudah membawa anak kecil yang hanya akan ikut apabila disuruh. Tidak semudah yang disangka.Menangani pelbagai attitude dan karenah atau dalam bahasa arabnya sifat atau tabiat.
 Kadang-kadang memerlukan kaedah pelbagai cara dan kreativiti agar terus nampak usrah itu menarik dan best.

     Namun. Tidak ada yang mustahil dalam islam. Sedangkan Umar Bin Al-Khatab yang dikenali sebagai seorang yang sangat tegas dan garang sendiri mampu untuk lembut hatinya dengan ayat-ayat Allah. Hebatnya islam.><

Madah buatmu Daie


Allah memilih kamu untuk berada atas jalan tarbiah...
Allah memilih kamu untuk terus memahami jalan dakwah...
Semua itu kerana kefahaman Islam yang bakal ditanam...
Sepertimana sabda Rasulullah," Jika Allah menginginkan kebaikan pada seseorang, Allah memberikan kefahaman agama padanya...

Buatmu yang terlibat dengan halaqah usrah...
Berbahagialah atas jalan ini...
Syukurlah kerana Taaruf, Tafahum dan Takaful...
Berterima kasihlah pada Allah atas kurniaan ukhuwwah fillah ini...
Syukurlah atas sebuah kecintaan ini yang disatukan atas asas iman dan aqidah yang satu

Realiti sunnatullah...
Tidak ramai sebenarnya mampu bertahan atas jalan ini...
Ia bukanlah jalan yang dipenuhi dengan kekasaran atau keganasan...
Tapi ia jalan yang penuh mehnah dan cabaran...
Ia tersembunyi disebalik permusafiran kita bersama jalan usrah

Pernahkah kamu terfikir, kenapa kamu yang dipilih?...
Kenapa mereka yang hebat diluar sana tidak dipilih?...
Bukankah mereka lebih banyak ilmu dan layak bergelar ustaz dan ustazah?...
Bukankah kamu ini berseluar pendek, bertudung pendek, merokok, ber"couple" dan pelbagai jahiliah yang lain?
Kenapakah kamu yang kian melakukan dosa ini juga yang terpilih?..Kenapa?!

Jawapan kepada persoalan itu adalah kerana Allah sayang akan kamu...
Allah memilih kamu untuk berada atas jalan tarbiah...
Allah memilih kamu untuk terus memahami jalan dakwah...
Semua itu kerana kefahaman Islam yang bakal ditanam...
Sepertimana sabda Rasulullah," Jika Allah menginginkan kebaikan pada seseorang, Allah memberikan kefahaman agama padanya...

Berterima kasihlah pada murabbimu (para naqib dan naqibah)...
Kerana masih wujud dalam hati mereka untuk membimbingmu...
Ya!, mereka amat menyayangimu...
Apa tandanya???...
Dia sentiasa mengingatkan kamu agar menjaga amalan, sentiasa menegaskan pada kamu agar istiqamah dengan usrah juga sentiasa meminta kamu untuk terus menjaga hubungan dengan Allah!...

Jasa para nuqaba' itu tidak terbalas rasanya...
Mereka tidak menginginkan apa-apa balasan duniawi dari kamu...
Hanya mereka inginkan adalah kamu itu berubah...
Daripada jahiliyah kepada memahami Islam...
Daripada jahat kepada baik...

Mereka memerah keringat mendidik, membentuk dan membina kamu...
Persis ibubapa mendidik anak-anak mereka...
Suatu kebahagiaan buat mereka apabila melihat kamu sudah mula berbicara dan memikirkan soal dakwah dan tarbiah...

Usah rasa terbeban dengan usrah...
Hakikatnya, risalah yang kamu akan pikul ini adalah satu amanah dari Allah...
Tugas kamu selaku pengikut usrah untuk menyebarkannya...
Pastikan seruan Islam ini masuk ke setiap gegendang telinga umat Islam...
Usrah ini bukanlah tapak permainan untuk kita bermain dalamnya...
Tapi ia tapak untuk kita membina iman dan meningkatkan kefahaman...

Sedarilah, naqib dan naqibah itu sedang menyusun kamu...
Ia sedang menyusun kamu bagaimana kamu ini bisa meraih cinta Allah...
Mereka menjadi pemudah cara bagimu dalam menuju syurga Allah...
Cuba kamu perhatikan lirik pandang mereka terhadap kamu...
Ianya sebuah lirik pandang yang terisi dengan sebuah pengharapan...


Perjalanan seorang hambaNya

Alhamdulillah...setinggi rasa syukur ku panjat buat pemilik cinta abadi. Dia yang mengatur semua urusan hambaNya yang kerdil ini.

Hati ini pernah terdetik, adakah aku ini layak untuk menjadi pejuang dalam agamaNya. Sedangkan di sisi ku menanti terlalu banyak tanggungjawab yang perlu aku hadapinya dengan tenang. Masa berlalu dan terus berlalu.


Allah mendengar doaku.. "Ya Allah dekatkan aku dengan biah sabiah (suasana yang baik)" Itulah dikatakan hebatnya kuasa Allah. Sehinggakan masa yang berlalu tanpa aku sedari, aku berada ada biah yang baik. Suasana yang mengajar aku tarbiyyah rabbaniah.


 Dalam kesibukkan aku menjalani hidup sebagai seorang anak kepada ibu dan bapaku, seorang sahabat kepada teman-teman seperjuangku, dan paling penting seorang hamba kepada yang Maha Kuasa.


 Allah mengirimkan kepadaku seorang Mas'ul yang dikatakan memang seorang yang hebat dan tegas dengan prinsip hidup sebagai mukminah.


 Terkadang ada juga terdetik di hati ini perasaan cemburu dengan sahabat-sahabatku yang berada dalam biah keluarga yang baik (bait muslim).Sahabatku yang mempunyai latar belakang keluarga yang memang hebat. Ayahnya seorang Naqib dan ibunya plak seorang Naqibah. hebat bukan? bukan calang2 orang lahh...

Seorang pensyarah juga seorang Naqib dalam usrah. ada juga seorang sahabatku yang pak saudara dia seorang guru yang alim di salah sebuah pondok berdekatan rumahku. Mmg hebat orangnya.

 Astagfirullahalazim.... aku terus beristighfar kepadaNya. Aku lupa untuk mensyukuri nikmat kasih sayang yang amat mendalam yang dicurahkan dr sepasang suami isteri yang amat bahagia. Aku lupa bahawa aku sentiasa dapat kasih sayang yang terbaik dr sepsang suami isteri ini.

Mereka tidak pernah lupa akan kebajikkan ku. Mereka terlalu menyayangiku sehinggakan aku kadang2nya di gelar "intan payung"

hihi... ape tue? macam anak kesayangan lahh.. sebabnya dalam family aku je anak seorang perempuan. yang lain semua Hero. best kan...?

Subhanallah... dengan Allah hadirkan aku suasana yang baik, tarbiyyah.... semakin aku meneruskan kehidupan semakin aku rasa masa itu tidak cukup. tanggungjawab yang ku pikul semakin mendesak dari masa yang ada...


aisyah sayang... nanti besar nak jadi ape?? tanya aku kepada anak menakanku yang sulong berumur 4tahun. orang utara panggil anak menakan tue sebagai anak saudara.. anak abang yang sulong...

aisyah nak jadi ustazah Fatimah Syarha cikgu aisyah sofia..... tersenyum aku mendengarnya.. gelagat anak kecil yang tidak tahu apa itu erti perjuangan dalam kehidupan.

Mungkin dia menjadikan aku sebagai ikon dia.... hehe..perasan jerr....yelakan sebabnya dia menggabungkan namaku di depan sebelum namanya.. Subhanallah.. Cerdik betul IQ anak kecil yang suci dari sebarang dosa ni.

Muda2an perjuangan aku sikit sebanyak memberi semangat buat aisyah anak menakanku agar tanam semangat pejuang sebagai mukminah yang berwawasan dlm memperjuangkan islam.