Allah memilih kamu untuk
berada atas jalan tarbiah...
Allah memilih kamu untuk
terus memahami jalan dakwah...
Semua itu kerana kefahaman
Islam yang bakal ditanam...
Sepertimana sabda
Rasulullah," Jika Allah menginginkan kebaikan pada seseorang, Allah memberikan
kefahaman agama padanya...
Buatmu yang terlibat dengan halaqah usrah...
Berbahagialah atas jalan
ini...
Syukurlah kerana Taaruf,
Tafahum dan Takaful...
Berterima kasihlah pada
Allah atas kurniaan ukhuwwah fillah ini...
Syukurlah atas sebuah kecintaan
ini yang disatukan atas asas iman dan aqidah yang satu
Realiti sunnatullah...
Tidak ramai sebenarnya
mampu bertahan atas jalan ini...
Ia bukanlah jalan yang
dipenuhi dengan kekasaran atau keganasan...
Tapi ia jalan yang penuh
mehnah dan cabaran...
Ia tersembunyi disebalik
permusafiran kita bersama jalan usrah
Pernahkah kamu terfikir,
kenapa kamu yang dipilih?...
Kenapa mereka yang hebat
diluar sana tidak dipilih?...
Bukankah mereka lebih
banyak ilmu dan layak bergelar ustaz dan ustazah?...
Bukankah kamu ini berseluar
pendek, bertudung pendek, merokok, ber"couple" dan pelbagai jahiliah
yang lain?
Kenapakah kamu yang kian
melakukan dosa ini juga yang terpilih?..Kenapa?!
Jawapan kepada persoalan
itu adalah kerana Allah sayang akan kamu...
Allah memilih kamu untuk
berada atas jalan tarbiah...
Allah memilih kamu untuk
terus memahami jalan dakwah...
Semua itu kerana kefahaman
Islam yang bakal ditanam...
Sepertimana sabda
Rasulullah," Jika Allah menginginkan kebaikan pada seseorang, Allah
memberikan kefahaman agama padanya...
Berterima kasihlah pada
murabbimu (para naqib dan naqibah)...
Kerana masih wujud dalam
hati mereka untuk membimbingmu...
Ya!, mereka amat
menyayangimu...
Apa tandanya???...
Dia sentiasa mengingatkan
kamu agar menjaga amalan, sentiasa menegaskan pada kamu agar istiqamah dengan
usrah juga sentiasa meminta kamu untuk terus menjaga hubungan dengan Allah!...
Jasa para nuqaba' itu tidak
terbalas rasanya...
Mereka tidak menginginkan
apa-apa balasan duniawi dari kamu...
Hanya mereka inginkan
adalah kamu itu berubah...
Daripada jahiliyah kepada
memahami Islam...
Daripada jahat kepada
baik...
Mereka memerah keringat
mendidik, membentuk dan membina kamu...
Persis ibubapa mendidik
anak-anak mereka...
Suatu kebahagiaan buat
mereka apabila melihat kamu sudah mula berbicara dan memikirkan soal dakwah dan
tarbiah...
Usah rasa terbeban dengan
usrah...
Hakikatnya, risalah yang
kamu akan pikul ini adalah satu amanah dari Allah...
Tugas kamu selaku pengikut
usrah untuk menyebarkannya...
Pastikan seruan Islam ini
masuk ke setiap gegendang telinga umat Islam...
Usrah ini bukanlah tapak
permainan untuk kita bermain dalamnya...
Tapi ia tapak untuk kita
membina iman dan meningkatkan kefahaman...
Sedarilah, naqib dan
naqibah itu sedang menyusun kamu...
Ia sedang menyusun kamu
bagaimana kamu ini bisa meraih cinta Allah...
Mereka menjadi pemudah cara
bagimu dalam menuju syurga Allah...
Cuba kamu perhatikan lirik
pandang mereka terhadap kamu...
Ianya sebuah lirik pandang
yang terisi dengan sebuah pengharapan...

No comments:
Post a Comment