mencapai kasih rabb

mencapai kasih rabb
jihad itu ibadah~dakwah itu pasti

University of oxford


Situasi di rumah tika mana kesemua student-student di University Of Oxford sedang sibuk dengan persediaan final exam masing-masing. Sehinggakan aktiviti memasak di rumah yang sering dilakukan bersama menjadi sepi seketika. Semua sibuk dengan study dan buat hal masing-masing.
Pagi:
Siti : Assalamualaikum ira…
Ira : Waalaikumusalam. Siti, masuklah.
Siti : Ehh….ana ganggu awak x nie…?
Ira : Xda… Ok je. Ada ape anti cari kite ni?
*( Aikk... macam xsuke je kite jumpa dia, boleh plak tanya camtu.. relax-relax.. Awallul husnuzhon ok! )
Siti :Camni ira, ana nak tanya petang ni anti free x ?? ( siti cuba mengungkapkan kata-kata yang agak berat di hatinya untuk memulakan )
Ira : Petang ni….? Kenapa…??? Ada apa-apa yang mustahak….??
Siti : erMmmM……eeerRrMmmm… ana ingat nak ajak halaQah petang ni. Lama kita xbuat sejak bulan Exam ni. Rasa rindu plak nak hangatkan ruhh…
Ira : Oo…..yaka……..Halaqah………………………….. Ingat ape tadi. Suspen jela awak ni.Kite
      ingat petang ni nak ke rumah Mariam dekat arial Sakura’s ways. Dia minta tolong kite
      ajarkan electric and factory.
Siti : Dalam kui berapa…??
Ira : insyaAllah after zohor.
Siti : Ok. Kalau macam itu kita buat after asar. Sempatkan anti balik.? ( Allahu yassir wala
       tuassir )
Ira : Tengokla dulu kalau sempat balik. Naty kita inform lain. Ok.

Siti : Alhamdulillah. Ana harap anti dapat join ye... Xbest la kalau anti xda nanti.
Ira : Ok. ( dengan mirip muka selamber )

Tarbiyyah itu tidak hanya sekali dan tidak juga seketika. Ia memerlukan masa yang berterusan dan komitmen yang istiqomah dalam jalan tarbiyyah dan dakwah ini.

      Kadang-kadang perkara yang mencabar yang perlu di tangani oleh setiap naqib & naqibah, mas’ul & mas’uliiah adalah dalam perjalanan membawa anak-anak usrahnya untuk terus beri komitmen dan terus istiqomah dalam jalan ini. 

      Bukan mudah untuk membawa manusia terus dalam jalan yang baik ini. Tidak semudah membawa anak kecil yang hanya akan ikut apabila disuruh. Tidak semudah yang disangka.Menangani pelbagai attitude dan karenah atau dalam bahasa arabnya sifat atau tabiat.
 Kadang-kadang memerlukan kaedah pelbagai cara dan kreativiti agar terus nampak usrah itu menarik dan best.

     Namun. Tidak ada yang mustahil dalam islam. Sedangkan Umar Bin Al-Khatab yang dikenali sebagai seorang yang sangat tegas dan garang sendiri mampu untuk lembut hatinya dengan ayat-ayat Allah. Hebatnya islam.><

No comments:

Post a Comment