(Part 3) > Gerhana Seorang Daie<
“ Mungkin pada pandangan manusia
Mus’ab bin Umair dikira menderita. Dia kehilangan kegemilangan, kekayaan, dan
kasih-sayang seorang manusia yang very special in his life, tapi mari kita
selami hati mereka. Mereka tenang kerana keimanan yang mendiami jiwa mereka.
Mereka merasakan tidak ada apa-apa yang lebih bermakna melainkan iman kepada
Allah. Iman begini yang kita nak capai, kerana iman beginilah yang berkuasa
menggerunkan musuh-musuh Islam yang sentiasa menyerang kita dari segenap
penjuru. ” Syafarah teringatkan perbualannya
dengan Kak Wafaa' ketika di tanah air dulu. Sembang-sembang mendidik jiwa.
Saat mereka mendaki Gunung Jerai….
“ Susahnya
nak daki gunung ni, letih la…”
“ Kita nak
mendaki perjalanan menuju Allah jauh lebih sukar,” Kak Balqis menyahut keluhan Syafarah selamba. Dia tersentak seketika.
Ya tak ya juga….
“ Barangsiapa yang mencari Allah bukan melalui jalan berharap(roja') dan takut(khauf), bukan dengan rindu dan cinta (kepada Nya), niscaya dia akan kebingungan dalam mencari Nya, kacau dalam amalnya, tidak akan menemukan nikmat-nikmatnya ibadah, dan tidak dapat menempuh jalan kezuhudan. Oleh kerana itu, bertaqwalah kepada Allah yang hanya kepada Nya kita kembali.” Afifah yang dari tadi berada di belakang mereka tiba-tiba bersuara. Syafarah menoleh ke belakang. Dia membalas pandangan mata Afifah yang redup penuh mahabbah.
“ Jazakillahkhairan ukhti...patutlah selama ini mudah sangat ana berundur,” Syafarah berbicara tenang walaupun tubuhnya keletihan. Sesungguhnya pendakian tarbawi yang panjang tetapi singkat ini benar-banar mendidik jiwa mereka. Ukhuwwah terasa kehangatannya. Inilah masa untuk berta’aruf dengan lebih mendalam, berkongsi pendapat dan pengalaman, meminta nasihat dan idea, juga saling memperingati akan tugas sebenar seorang Muslim Mukmin, yakni mendukung Risalah Dakwah Rasulullah.
Syafarah tersenyum sendiri mengenangkan semua itu. Dia berasa sedikit segar setelah nostalgia di jalan dakwah dan tarbiyyah bersama sahabat-sahabatnya di tanah air singgah sebentar di kalbunya. Dia umpama baru disergah... “ Hei Syafarah , kita mendukung Risalah!! Bangun!!” . Syafarah bingkas bangun. Tangannya ligat menyelongkar kitab-kitab fikrahnya yang tersimpan di balik pintu biliknya. Dia sedang mencari bekalan....bekalan sirah yang telah pun pudar di dalam dadanya.Ya Allah, didiklah aku menerusi sirah yang akan ku baca ini....ya Allah, Engkaulah sebaik-baik pendidik.”
Tangan Syafarah menggeletar saat
dia memegang buku Perjalanan Kehidupan Rasulullah s.a.w karangan Abul Hassan
Ali an-Nadwi. Dia sedar kini....mengapa dia mudah longlai....kerana sejarah
kebanggaan umat Islam telah malap dalam kehidupannya. Ya...aku perlu hidup
bersama sirah. Mereka telah membenarkan iman mereka dengan amal dan
pengorbanan.
Setiap
kali Syafarah bersendirian, air
mata lah menemaninya menahan rasa lesu yang menyerang jiwanya. Dia terus berdoa
dan berdoa...penuh pengharapan agar Allah mengembalikan iman ke dalam hidupnya.
Dia yakin, Allah tidak menyia-nyiakan keikhlasan hambaNya untk mendekatiNya.
Semoga Allah memberinya sekeping hati yang baru....
* * * * *
“ Umi risau Kak Long sorang-sorang di sana. Pihak lelaki minta diawalkan,”
Umi memujuk Syafarah dengan penuh rasa kasih selaku seorang ibu Syafarah diam seribu bahasa. Dia memandang langit biru yang kelam. Malam itu bintang tidak kelihatan. Nak hujan kot, bisik Syafarah membuat tekaan sendiri. Umi bangun dari katil, mendekati Syafarah yang berdiri di sisi tingkap.
“
Boleh Kak Long? Kak Long cuti ada lagi 2 bulan lebih , sempat kalau Kak Long
nak menyediakan diri,” Umi memujuk lagi. Hati ibu mana tidak resah melepaskan
puteri sulongnya merantau ke negara kuffar sendirian tanpa mahram di sisi.
“
Abah tak kata apa-apa?”
“
Abah pesan jangan paksa Kak Long,”
“
Dah tu Syafarah merespon sedikit kasar. Hatinya
bengang. Janji waktu bertunang dulu pihak lelaki sanggup tunggu hingga dia
menyelesaikan degree nya. Tapi sekarang lain pula bunyinya...
“
Bukan soal janji Kak Long. Tapi soal Kak Long di ganggu di sana,”
Syafarah memejam matanya erat, sedih bercampur kesal. Dia mula menyalahkan dirinya kerana menceritakan peristiwa dia di ganggu oleh pemuda berkulit hitam setiap hari. Kalau tak cerita, tak akan jadii macam ni....!! Syafarah beristighfar, terasa syaitan mula merangsang amarahnya sekali gus menghangatkan emosinya. Dia seperti mahu mengungkit kisah silam.
Syafarah bertunang pun atas gesaan keluarganya. Yang paling menyentuh hati, pertunangan di adakan dalam suasana yang sangat tergesa-gesa, beberapa hari sebelum dia berangkat ke United Kingdom 2 tahun lalu. Dia beristighfar lagi....dia terlupa hidup ini diatur Allah dengan sebaik-baik pengaturan. Tiada silap tiada cela. Belajarlah menerima rentetan perjalanan yang adakalanya sangat memeritkan. Inilah kehidupan....
“ Lagi setahun setengah aja,bukannya lama ummi,” Syafarah bersuara lagi setelah menyepi agak lama. Umi mengurut bahu Syafarah dengan tangan kanannya. Hati umi sentiasa berdoa semoga dibukakan hati puteri kesayangannya.
“ Dia
tak apelah, dah ada Master, Kak Long ni
harapkan sijil matrikulasi tu aja.”
“
Kan tak elok kalau dah berumur nanti baru nak kenduri. Dia pun dah nak masuk 25,
nak tunggu lama-lama tak sopan. Tak elok bertunang lama-lama,”
“
Dulu, kenapa tak cakap pun yang bertunang lama-lama tu tak elok? Kenapa
sekarang baru nak ungkit? Dah tak tahan?!” Syafarah melepas geram. Hatinya mula membara.
“
Kak Long, solehnya mulut tu,” Umi menegur keceluparan mulut puterinya.
“
Umi dah jemu jaga Syafarah ke? Kanapa begitu
cepat umi nak bagi orang lain yang didik Syafarah? Syafarah tau Syafarah
banyak menyusahkan hati ummi.”
“
Bukan macam tu Kak Long. Umi risau sangat Kak Long di sana. Setiap malam umi
doa untuk Syafarah melebihi doa umi
untuk adik-adik lain,”
“
Umi dan Mas’ud tu sama aja....kan Allah ada untuk jaga Syafarah? Umi tak paham ke perasaan Syafarah? Syafarah tak pernah terfikir untuk melalui semua ni
seawal ini,”
“
Memang Umi dan Mas’ud sama. Kami sayangkan Syafarah,” bersahaja jawapan Umi membedil
kembali telahan puterinya. Umi memaafkan kekasaran puterinya yang sedang
beremosi.
“ Yelah...nanti Kak Long solah istikharah, bagi tahu pihak lelaki anak umi ni muda lagi, baru 22. awal-awal sangat pun tak elok. Kak Long bukan reti apa-apa,” Syafarah menyudahkan bicaranya di situ. Penuh perasaan dia memberi lafaz putus untuk perbualan malam itu Dia mengorak langkah keluar dari bilik bundanya. Air mata mula menitik...entah mengapa sensitif benar dia belakangan ini. Mudah sekali dia menangis. Umi hanya memandang sepi. Hatinya berperang antara dua keputusan...antara pernikahan puterinya atau meredhai dia diganggu saban hari di sana kelak? Hati sang Umi amat memahami naluri puterinya. Syafarah sedikit ego, tetapi hantinya lembut. Kalau diberi alasan logika dan rasional, anaknya akan bangkit dan menentang keputusan orang lain demi menegakkan ideanya. Tetapi saat ditujah dengan alasan syara’, dia pasti akan tunduk patuh walaupun semua itu sangat menekan jiwanya.
“ Macam mana?” tanya Abah pada Umi. Abah masuk ke bilik apabila menyedari Syafarah keluar tadi. Abah begitu segan untuk menyertai suasana tadi. Abah lebih selesa menyerahkan semuanya kepada Umi.
“
Abang pun faham anak kita, kalau tak ada alasan yang syar’ie dia akan
pertahankan apa yang dia faham,”
“
Habis tu, apa katanya tu?”
“
Tak bagi kata putus lagi. Nak solah dulu katanya. Sebak juga Shimah mendengar
alasan dia,” Umi tunduk memandang lantai bilik yang berwarna hijau muda. Saat
ini dia amat memahami betapa tersepitnya atma Syafarah .
Mengakhiri zaman gadis tanpa persiapan jiwa adalah suatu yang agak menyukarkan.
“ Perkara yang paling Syafarah tak suka ialah melakukan sesuatu yang dipaksa,walaupun perkara tu syara’.” Umi teringatkan kata-kata Syafarah tidak lama dahulu.
“
Kita solah hajat bang,” Umi akhirnya bersuara penuh sebak.
* * *
Syafarah menangis teresak-esak di birai katilnya.
Memasuki gerbang perkahwinan bukanlah suatu yang mudah baginya. Kalau sekadar
ber akad nikah dah settle tak apa. Ini tidak....seribu satu tanggungjawab
menanti di hadapan. Digagahi kakinya mendekati almari soleknya. Mushaf Al-Quran
berwarna biru di capai dengan hati yang masih hambar. Dia duduk di kaki katil.
Saat dia membuka mushaf itu air matanya bertambah lebat. Barulah dia teringat
mushaf itu merupakan hadiah hantaran pihak lelaki pada hari pertunangannya.
Tangannya sepantas kilat melepaskan Quran itu. Mushaf itu terdampar di hujung
kakinya. Astaghfirullah....apa aku dah buat ni? Dia mengutip kembali mushaf
itu. Saat itu dia terpandangkan jam tangan di tangannya, jam itu pun merupakan
hadiah dari Akh Abdullah Mas’ud sebagai menghargai kesudian Syafarah menerima lamarannya.
Syafarah meletakkan kepalanya di atas bantal. Ujian ini terlalu kecil, bisiknya perlahan. Pasrahlah kepada Allah, Allah lah yang mencampakkan dirimu ke dalam kemelut ini. Dia terkenangkan pengajiannya di Manchester. Mampukah aku? Baitul Muslim menjadi medan baru untuk mengaplikasikan bekalan yang telah dikutip pada zaman solonya. Dia melihat kelemahan diri yang terlalu banyak....bersediakan Akh Abdullah Mas’ud menerima kecacatan diri ini? Syafarah juga manusia biasa....walaupun semua orang yang bersama dengannya seringkali memuji peribadinya yang unggul. Namun, insan tetap insan!! Manusia memandangku hebat kerana tidak memandang diriku dari dalam, getus Syafarah sayu. Dia juga punya nafsu, pendirian dan ideanya sendiri yang adakalanya pantang dicabar. Syafarah akui dia agak ego, keras kepala, mudah tersentuh, manja dan mudah jemu.
“ Pandanglah semua ni dengan keimanan dan kethiqahan kepada Allah sebagai
Rabb dan Ilah Syafarah,” Syafarah tetap mendiamkan
diri. Dia membelakangi pemuda yang sedang menasihatinya. Kali ini, Mus’ab pula
mengambil giliran memujuk sang adik yang semakin hari semakin menyepi tanpa
sebarang jawapan. Dia juga khuatir adik perempuannya bersendirian mengharungi
kancah perjuangan di Manchester. Saban hari semakin mengganas sikap musuh-musuh
Islam. Mus’ab tahu masih terlalu banyak perkara yang Syafarah sembunyikan dari pengetahuan mereka
sekeluarga; tentang dia diugut, dicerca, dipermainkan, dianiaya, hatta digoda
sekalipun, Syafarah seorang yang perahsia. Adakalanya
amat sukar mentafsirkan gelombang apakah yang melanda sanubari adiknya itu.
“ Apa yang ada dengan segulung ijazah first class yang Syafarah hajat sangat tu? Dulu... Syafarah selalu beri nasihat pada Zulfah yang
kita memburu redha dan rahmat Allah setiap masa. Apakah dengan meletakkan diri
dalam fitnah membantu Syafarah mendapatkan semua itu? Wanita itu
fitnah, wajiblah bagi setiap Muslimah memelihara maruahnya, harga diriya, dan
imannya dari anasir-anasir yang akan mendekatkan dirinya kepada neraka Allah.”
Syafarah diam seribu bahasa. Dia tunduk kelesuan.
Lidahnya beristighfar dan menyeru nama Allah berkali-kali. Ya Ilahi.....aku
lemah tanpaMu....
“Syafarah belum mencintai Allah. Syafarah belum lagi memahami rukun bai’ah. Syafarah belum mempunyai hati yang cergas
dalam zikrullah. Syafarah tak menjiwai dakwah lagi, hanya berada
di pinggiran dakwah kerana Syafarah terlalu lemah. Tunggulah hingga Syafarah dah ada semua ni. InsyaAllah, Syafarah hanya akan walimah setelah Allah Syafarah cintai. Syafarah tiada kekuatan untuk menerima sahabat ni
benar-benar kerana Allah. Syafarah takut Syafarah banyak merungut apabila berdepan dengan
kelemahan dan kecacatan dia. Hilanglah pahala Syafarah sebagai zaujah yang meredhai zaujnya,”
Syafarah memberi kata putus akhirnya. Umi memegang erat tangan Syafarah. Cincin tunang yang disarungkan oleh bakal ibu mertuanya telah lama dia tanggalkan dari jari hantunya. Dia berangkat ke United Kingdom tanpa cincin itu. Kalaulah akh Abdullah Mas’ud tahu, pasti tersinggung si Mas’ud dengan tindakan puterinya. Namun sang Umi faham....berkali-kali dipujuk hatiya supaya tidak menganggu Syafarah dengan urusan sebegini. Syafarah sememangnya benar-benar tidak bersedia. Sedang puterinya enak mengharungi usia gadisnya, tiga empat orang sahabat abangnya masuk melamar. Syafarah tekad, dia tidak akan mengizinkan mana-mana manusia di dunia ini singgah di hatinya sebelum dia belum benar-benar bulat terhadap Allah. Hanya itu alasan dia menolak mereka. Pada Syafarah, kalaupun dia dianugerahi zauj yang soleh, namun itu bukan dari bahagian sahamnya di akhirat. Masing-masing akan membawa amal mereka sendiri. Syafarah mengharapkan syurga, Syafarah lah yang perlu mengharungi perit badai untuk menjadi hamba Allah yang Rabbani.
“ Sendiri nak masuk syurga, sendirilah punya perjuangan. Kenapa nak libatkan orang lain untuk memilih jalan ini? Sekiranya Mujahid memilih untuk bersama dengan kemuliaan Islam, sesungguhnya Allah ada manhaj yang jelas untuk lelaki menjauhkan diri dari fitnah wanita. Takkan wanita-wanita selemah itu menggoyah hati pemuda yang mengejar syurga Allah?” Zapp.....!! Itu jawapan dari mulut Syafarah apabila Mujahid sahabat abangnya masuk melamar beberapa tahun lalu. Syafarah tidak menerima alasan Mujahid, untuk memelihara diri dari tarikan wanita tholehah di luar sana, dia ingin memiliki Syafarah sebagai penguat dan pendorongnya untuk menolak mereka. Mus’ab hanya mampu meneguk air liur mendengar jawapan adiknya. Keras kepala, jual mahal, tidak memahami orang lain...itulah label yang sesuai buat adiknya, Mus’ab menggetus sendiri.
* * * * *
“ Ya Ilaahi, Ya Zal Jalaaliwalikraam.....Engkaulah yang memiliki
kehidupanku, Engkaulah yang mengisi hidupku dengan apa yang Engkau sukai. Aku
milikMu, jiwaku dalam genggamanMu, hembus nafasku dalam perkenan kehendakMu.
Engkaulah Rabb dan Ilahku....
Ya Ilaahi....janganlah pemuda yang hadir dalam
hidupku ini melarikan kerinduanku, kecintaan serta pergantunganku pada Mu.
Engkau tetap tujuan dan maltamat hidupku. Ya Hayyu ya Qayyum, Peliharalah
hatiku dari mengisi ruang cinta di hatiku selain ianya untukMu, untuk DeenMu
dan demi redhaMu.
Ya Ilaahi.....ampunilah Abdullah Mas’ud, sibukkanlah dia dengan urusan dakwah dan jihad di jalanMu. Ya Ialahi..terimalah zaujku....aku memberinya untuk kebangkitan DeenMu yang dihina oleh saudara-saudaraku,maka ampunilah mereka yang jahil ya Allah...aku redha dia tidak menemami masa lapangku, kerja-kerja harianku, tidurku juga kerehatanku. Aku redha dia menjadi rijaal DeenMu sehingga dia umpama bukan milikku, tetapi milik dakwahMu. Ambillah dia ya Allah, gunakanlah dia di jalanMu, didiklah dia, tunjukilah dia jalan menuju syurgaMu, buanglah kecintaannya terhadapku seandainya itu yang menghalang dakwah kepadaMu. Ya Rahman, Ya Rahiim....kuatkanlah kami di saat kami diuji dan ditekan Ya Allah. Kami lemah tanpa kekuatanMu, Engkaulah sumber kemenangan dan keteguhan hati kami...”
Basah telekung putih Syafarah dihujani air mata munajatnya. Dia menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Ya Ilaahi...sekiranya ini yang Engkau mahu, inilah yang aku terima sepenuhnya dariMu, Syafarah berbisik sendiri. Majlis akad nikah telah selesai malam tadi. Saudara-maranya sibuk membuat persiapan kenduri kesyukuran unuk esok hari. Malam ini adalah malam dia bersama Allah lagi, seperti malam-malam sebelumnya. Dia memberitahu Rabbnya apa yang terjadi. Bukan dia tidak menyedari Allah menyakiskan segala yang berlaku, namun ruh ubudiyyah yang menyelubungi atmanya membuatkan dia tidak tenang tanpa menceritakan semuanya kepada Allah. Dia amat tenang setiap kali selepas lidahnya melafazkan...Ya Allah,aku redha Engkau penyusun hidupku. Susunlah ia sesuka hatimu kerana aku hambaMu.
Abdullah Mas’ud memandang isterinya dari jauh. Syafarah sedang mesra berbual-bual dengan tetamu
uminya. PadaMu kami memuji dan memuja ya Allah, bisik Abdullah Mas’ud. Semoga
dia menguatkan hatiku yang lemah, merangsang jiwaku yang banyak berehat, dan
menghampirkan aku dengan redha Mu ya Allah. Pemuda itu berdo’a lagi.
“ Akhi, ana ingin menyampaikan keresahan di hati ana, sudikah anta
mendengarnya?” Syafarah berbicara lembut selepas mereka
selesai solah tahajjud berjamaah pada malam itu.
“ Apakah lagi yang merisaukan dirimu ya zaujati? Kita telah melaksanakan
sunnah Rasulullah yang disukainya,”
“ Ya, anta benar, kita telah pun menjadi suami isteri yang sah di sisi
Allah. Namun, apakah iman dan takut kita kepada Allah akan sah di sisiNya bermula
saat ini hinggalah kita mati dan berjumpa denganNya nanti?”
Abdullah Mas’ud terdiam. Tiba-tiba air matanya tumpah. Ya Allah...benarkah
iman kami?
Wallahua’lam.