mencapai kasih rabb

mencapai kasih rabb
jihad itu ibadah~dakwah itu pasti
(Part 3) > Gerhana Seorang Daie<

“ Mungkin pada pandangan manusia Mus’ab bin Umair dikira menderita. Dia kehilangan kegemilangan, kekayaan, dan kasih-sayang seorang manusia yang very special in his life, tapi mari kita selami hati mereka. Mereka tenang kerana keimanan yang mendiami jiwa mereka. Mereka merasakan tidak ada apa-apa yang lebih bermakna melainkan iman kepada Allah. Iman begini yang kita nak capai, kerana iman beginilah yang berkuasa menggerunkan musuh-musuh Islam yang sentiasa menyerang kita dari segenap penjuru. ” Syafarah  teringatkan perbualannya dengan Kak Wafaa' ketika di tanah air dulu. Sembang-sembang mendidik jiwa.



Saat mereka mendaki Gunung Jerai….
           
 “ Susahnya nak daki gunung ni, letih la…”

            “ Kita nak mendaki perjalanan menuju Allah jauh lebih sukar,” Kak Balqis  menyahut keluhan Syafarah selamba. Dia tersentak seketika. Ya tak ya juga….

        “ Barangsiapa yang mencari Allah bukan melalui jalan berharap(roja') dan takut(khauf), bukan dengan rindu dan cinta (kepada Nya), niscaya dia akan kebingungan dalam mencari Nya, kacau dalam amalnya, tidak akan menemukan nikmat-nikmatnya ibadah, dan tidak dapat menempuh jalan kezuhudan. Oleh kerana itu, bertaqwalah kepada Allah yang hanya kepada Nya kita kembali.”  Afifah yang dari tadi berada di belakang mereka tiba-tiba bersuara. Syafarah  menoleh ke belakang. Dia membalas pandangan mata Afifah yang redup penuh mahabbah.


              “ Jazakillahkhairan ukhti...patutlah selama ini mudah sangat ana berundur,”
Syafarah  berbicara tenang walaupun tubuhnya keletihan. Sesungguhnya pendakian tarbawi yang panjang tetapi singkat ini benar-banar mendidik jiwa mereka. Ukhuwwah terasa kehangatannya. Inilah masa untuk berta’aruf dengan lebih mendalam, berkongsi pendapat dan pengalaman, meminta nasihat dan idea, juga saling memperingati akan tugas sebenar seorang Muslim Mukmin, yakni mendukung Risalah Dakwah Rasulullah.





            Syafarah
  tersenyum sendiri mengenangkan semua itu. Dia berasa sedikit segar setelah nostalgia di jalan dakwah dan tarbiyyah bersama sahabat-sahabatnya di tanah air  singgah sebentar di kalbunya. Dia umpama baru disergah...   “ Hei Syafarah , kita mendukung Risalah!! Bangun!!” . Syafarah bingkas bangun. Tangannya ligat menyelongkar kitab-kitab fikrahnya yang tersimpan di balik pintu biliknya. Dia sedang mencari bekalan....bekalan sirah yang telah pun pudar di dalam dadanya.Ya Allah, didiklah aku menerusi sirah yang akan ku baca ini....ya Allah, Engkaulah sebaik-baik pendidik.”

Tangan Syafarah  menggeletar saat dia memegang buku Perjalanan Kehidupan Rasulullah s.a.w karangan Abul Hassan Ali an-Nadwi. Dia sedar kini....mengapa dia mudah longlai....kerana sejarah kebanggaan umat Islam telah malap dalam kehidupannya. Ya...aku perlu hidup bersama sirah. Mereka telah membenarkan iman mereka dengan amal dan pengorbanan.
Setiap kali Syafarah  bersendirian, air mata lah menemaninya menahan rasa lesu yang menyerang jiwanya. Dia terus berdoa dan berdoa...penuh pengharapan agar Allah mengembalikan iman ke dalam hidupnya. Dia yakin, Allah tidak menyia-nyiakan keikhlasan hambaNya untk mendekatiNya. Semoga Allah memberinya sekeping hati yang baru....

            *                      *                      *                      *                      *           

“ Umi risau Kak Long sorang-sorang di sana. Pihak lelaki minta diawalkan,”

Umi memujuk Syafarah  dengan penuh rasa kasih selaku seorang ibu Syafarah  diam seribu bahasa. Dia memandang langit biru yang kelam. Malam itu bintang tidak kelihatan. Nak hujan kot, bisik Syafarah  membuat tekaan sendiri. Umi bangun dari katil, mendekati Syafarah  yang berdiri di sisi tingkap.

            “ Boleh Kak Long? Kak Long cuti ada lagi 2 bulan lebih , sempat kalau Kak Long nak menyediakan diri,” Umi memujuk lagi. Hati ibu mana tidak resah melepaskan puteri sulongnya merantau ke negara kuffar sendirian tanpa mahram di sisi.
            “ Abah tak kata apa-apa?”
            “ Abah pesan jangan paksa Kak Long,”
            “ Dah tu Syafarah  merespon sedikit kasar. Hatinya bengang. Janji waktu bertunang dulu pihak lelaki sanggup tunggu hingga dia menyelesaikan degree nya. Tapi sekarang lain pula bunyinya...
“ Bukan soal janji Kak Long. Tapi soal Kak Long di ganggu di sana,”

     


        
Syafarah  memejam matanya erat, sedih bercampur kesal. Dia mula menyalahkan dirinya kerana menceritakan peristiwa dia di ganggu oleh pemuda berkulit hitam setiap hari. Kalau tak cerita, tak akan jadii macam ni....!!   Syafarah beristighfar, terasa syaitan mula merangsang amarahnya sekali gus menghangatkan emosinya. Dia seperti mahu mengungkit kisah silam.

              
Syafarah  bertunang pun atas gesaan keluarganya. Yang paling menyentuh hati, pertunangan di adakan dalam suasana yang sangat tergesa-gesa, beberapa hari sebelum dia berangkat ke United Kingdom 2 tahun lalu. Dia beristighfar lagi....dia terlupa hidup ini diatur Allah dengan sebaik-baik pengaturan. Tiada silap tiada cela. Belajarlah menerima rentetan perjalanan yang adakalanya sangat memeritkan. Inilah kehidupan....



             “ Lagi setahun setengah aja,bukannya lama ummi,”
Syafarah  bersuara lagi setelah menyepi agak lama. Umi mengurut bahu Syafarah  dengan tangan kanannya. Hati umi sentiasa berdoa semoga dibukakan hati puteri kesayangannya.
“ Dia tak apelah, dah ada Master, Kak Long  ni harapkan sijil matrikulasi tu aja.”
            “ Kan tak elok kalau dah berumur nanti baru nak kenduri. Dia pun dah nak masuk 25, nak tunggu lama-lama tak sopan. Tak elok bertunang lama-lama,”
            “ Dulu, kenapa tak cakap pun yang bertunang lama-lama tu tak elok? Kenapa sekarang baru nak ungkit? Dah tak tahan?!” Syafarah  melepas geram. Hatinya mula membara.
            “ Kak Long, solehnya mulut tu,” Umi menegur keceluparan mulut puterinya.
            “ Umi dah jemu jaga Syafarah  ke? Kanapa begitu cepat umi nak bagi orang lain yang didik Syafarah? Syafarah tau Syafarah  banyak menyusahkan hati ummi.”
            “ Bukan macam tu Kak Long. Umi risau sangat Kak Long di sana. Setiap malam umi doa untuk Syafarah  melebihi doa umi untuk adik-adik lain,”
            “ Umi dan Mas’ud tu sama aja....kan Allah ada untuk jaga Syafarah? Umi tak paham ke perasaan Syafarah? Syafarah  tak pernah terfikir untuk melalui semua ni seawal ini,”
            “ Memang Umi dan Mas’ud sama. Kami sayangkan Syafarah,” bersahaja jawapan Umi membedil kembali telahan puterinya. Umi memaafkan kekasaran puterinya yang sedang beremosi.
           

         “ Yelah...nanti Kak Long solah istikharah, bagi tahu pihak lelaki anak umi ni muda lagi, baru 22. awal-awal sangat pun tak elok. Kak Long bukan reti apa-apa,”
Syafarah  menyudahkan bicaranya di situ. Penuh perasaan dia memberi lafaz putus untuk perbualan malam itu Dia mengorak langkah keluar dari bilik bundanya. Air mata mula menitik...entah mengapa sensitif benar dia belakangan ini. Mudah sekali dia menangis. Umi hanya memandang sepi. Hatinya berperang antara dua keputusan...antara pernikahan puterinya atau meredhai dia diganggu saban hari di sana kelak? Hati sang Umi amat memahami naluri puterinya. Syafarah  sedikit ego, tetapi hantinya lembut. Kalau diberi alasan logika dan rasional, anaknya akan bangkit dan menentang keputusan orang lain demi menegakkan ideanya. Tetapi saat ditujah dengan alasan syara’, dia pasti akan tunduk patuh walaupun semua itu sangat menekan jiwanya.
        

          “ Macam mana?” tanya Abah pada Umi. Abah masuk ke bilik apabila menyedari
Syafarah  keluar tadi. Abah begitu segan untuk menyertai suasana tadi. Abah lebih selesa menyerahkan semuanya kepada Umi.
            “ Abang pun faham anak kita, kalau tak ada alasan yang syar’ie dia akan pertahankan apa yang dia faham,”
            “ Habis tu, apa katanya tu?”
            “ Tak bagi kata putus lagi. Nak solah dulu katanya. Sebak juga Shimah mendengar alasan dia,” Umi tunduk memandang lantai bilik yang berwarna hijau muda. Saat ini dia amat memahami betapa tersepitnya atma Syafarah . Mengakhiri zaman gadis tanpa persiapan jiwa adalah suatu yang agak menyukarkan.
         

       “ Perkara yang paling
Syafarah  tak suka ialah melakukan sesuatu yang dipaksa,walaupun perkara tu syara’.” Umi teringatkan kata-kata Syafarah  tidak lama dahulu.
            “ Kita solah hajat bang,” Umi akhirnya bersuara penuh sebak.

                                    *                                  *                                  *

Syafarah  menangis teresak-esak di birai katilnya. Memasuki gerbang perkahwinan bukanlah suatu yang mudah baginya. Kalau sekadar ber akad nikah dah settle tak apa. Ini tidak....seribu satu tanggungjawab menanti di hadapan. Digagahi kakinya mendekati almari soleknya. Mushaf Al-Quran berwarna biru di capai dengan hati yang masih hambar. Dia duduk di kaki katil. Saat dia membuka mushaf itu air matanya bertambah lebat. Barulah dia teringat mushaf itu merupakan hadiah hantaran pihak lelaki pada hari pertunangannya. Tangannya sepantas kilat melepaskan Quran itu. Mushaf itu terdampar di hujung kakinya. Astaghfirullah....apa aku dah buat ni? Dia mengutip kembali mushaf itu. Saat itu dia terpandangkan jam tangan di tangannya, jam itu pun merupakan hadiah dari Akh Abdullah Mas’ud sebagai menghargai kesudian Syafarah  menerima lamarannya.



            Syafarah
 meletakkan kepalanya di atas bantal. Ujian ini terlalu kecil, bisiknya perlahan. Pasrahlah kepada Allah, Allah lah yang mencampakkan dirimu ke dalam kemelut ini. Dia terkenangkan pengajiannya di Manchester. Mampukah aku? Baitul Muslim menjadi medan baru untuk mengaplikasikan bekalan yang telah dikutip pada zaman solonya. Dia melihat kelemahan diri yang terlalu banyak....bersediakan Akh Abdullah Mas’ud menerima kecacatan diri ini? Syafarah  juga manusia biasa....walaupun semua orang yang bersama dengannya seringkali memuji peribadinya yang unggul. Namun, insan tetap insan!! Manusia memandangku hebat kerana tidak memandang diriku dari dalam, getus  Syafarah  sayu. Dia juga punya nafsu, pendirian dan ideanya sendiri yang adakalanya pantang dicabar.  Syafarah akui dia agak ego, keras kepala, mudah tersentuh, manja dan mudah jemu.

“ Pandanglah semua ni dengan keimanan dan kethiqahan kepada Allah sebagai Rabb dan Ilah Syafarah,” Syafarah tetap mendiamkan diri. Dia membelakangi pemuda yang sedang menasihatinya. Kali ini, Mus’ab pula mengambil giliran memujuk sang adik yang semakin hari semakin menyepi tanpa sebarang jawapan. Dia juga khuatir adik perempuannya bersendirian mengharungi kancah perjuangan di Manchester. Saban hari semakin mengganas sikap musuh-musuh Islam. Mus’ab tahu masih terlalu banyak perkara yang  Syafarah sembunyikan dari pengetahuan mereka sekeluarga; tentang dia diugut, dicerca, dipermainkan, dianiaya, hatta digoda sekalipun, Syafarah  seorang yang perahsia. Adakalanya amat sukar mentafsirkan gelombang apakah yang melanda sanubari adiknya itu.

“ Apa yang ada dengan segulung ijazah first class yang Syafarah  hajat sangat tu? Dulu... Syafarah  selalu beri nasihat pada Zulfah yang kita memburu redha dan rahmat Allah setiap masa. Apakah dengan meletakkan diri dalam fitnah membantu Syafarah  mendapatkan semua itu? Wanita itu fitnah, wajiblah bagi setiap Muslimah memelihara maruahnya, harga diriya, dan imannya dari anasir-anasir yang akan mendekatkan dirinya kepada neraka Allah.”
Syafarah  diam seribu bahasa. Dia tunduk kelesuan. Lidahnya beristighfar dan menyeru nama Allah berkali-kali. Ya Ilahi.....aku lemah tanpaMu....
Syafarah  belum mencintai Allah. Syafarah  belum lagi memahami rukun bai’ah. Syafarah  belum mempunyai hati yang cergas dalam zikrullah. Syafarah  tak menjiwai dakwah lagi, hanya berada di pinggiran dakwah kerana Syafarah  terlalu lemah. Tunggulah hingga Syafarah  dah ada semua ni. InsyaAllah, Syafarah  hanya akan walimah setelah Allah Syafarah cintai. Syafarah  tiada kekuatan untuk menerima sahabat ni benar-benar kerana Allah. Syafarah  takut Syafarah  banyak merungut apabila berdepan dengan kelemahan dan kecacatan dia. Hilanglah pahala Syafarah  sebagai zaujah yang meredhai zaujnya,”


         Syafarah
 memberi kata putus akhirnya. Umi memegang erat tangan Syafarah. Cincin tunang yang disarungkan oleh bakal ibu mertuanya telah lama dia tanggalkan dari jari hantunya. Dia berangkat ke United Kingdom tanpa cincin itu. Kalaulah akh Abdullah Mas’ud tahu, pasti tersinggung si Mas’ud dengan tindakan puterinya. Namun sang Umi faham....berkali-kali dipujuk hatiya supaya tidak menganggu Syafarah  dengan urusan sebegini. Syafarah  sememangnya benar-benar tidak bersedia. Sedang puterinya enak mengharungi usia gadisnya, tiga empat orang sahabat abangnya masuk melamar. Syafarah  tekad, dia tidak akan mengizinkan mana-mana manusia di dunia ini singgah di hatinya sebelum dia belum benar-benar bulat terhadap Allah.  Hanya itu alasan dia menolak mereka. Pada Syafarah, kalaupun dia dianugerahi zauj yang soleh, namun itu bukan dari bahagian sahamnya di akhirat. Masing-masing akan membawa amal mereka sendiri. Syafarah  mengharapkan syurga, Syafarah  lah yang perlu mengharungi perit badai untuk menjadi hamba Allah yang Rabbani.


           “ Sendiri nak masuk syurga, sendirilah punya perjuangan. Kenapa nak libatkan orang lain untuk memilih jalan ini? Sekiranya Mujahid memilih untuk bersama dengan kemuliaan Islam, sesungguhnya Allah ada manhaj yang jelas untuk lelaki menjauhkan diri dari fitnah wanita. Takkan wanita-wanita selemah itu menggoyah hati pemuda yang mengejar syurga Allah?” Zapp.....!! Itu jawapan dari mulut
Syafarah  apabila Mujahid sahabat abangnya masuk melamar beberapa tahun lalu. Syafarah  tidak menerima alasan Mujahid, untuk memelihara diri dari tarikan wanita tholehah di luar sana, dia ingin memiliki Syafarah  sebagai penguat dan pendorongnya untuk menolak mereka. Mus’ab hanya mampu meneguk air liur mendengar jawapan adiknya. Keras kepala, jual mahal, tidak memahami orang lain...itulah label yang sesuai buat adiknya, Mus’ab menggetus sendiri.

            *                      *                      *                      *                      *






“ Ya Ilaahi, Ya Zal Jalaaliwalikraam.....Engkaulah yang memiliki kehidupanku, Engkaulah yang mengisi hidupku dengan apa yang Engkau sukai. Aku milikMu, jiwaku dalam genggamanMu, hembus nafasku dalam perkenan kehendakMu. Engkaulah Rabb dan Ilahku....
Ya Ilaahi....janganlah pemuda yang hadir dalam hidupku ini melarikan kerinduanku, kecintaan serta pergantunganku pada Mu. Engkau tetap tujuan dan maltamat hidupku. Ya Hayyu ya Qayyum, Peliharalah hatiku dari mengisi ruang cinta di hatiku selain ianya untukMu, untuk DeenMu dan demi redhaMu.


            Ya Ilaahi.....ampunilah Abdullah Mas’ud, sibukkanlah dia dengan urusan dakwah dan jihad di jalanMu. Ya Ialahi..terimalah zaujku....aku memberinya untuk kebangkitan DeenMu yang dihina oleh saudara-saudaraku,maka ampunilah mereka yang jahil ya Allah...aku redha dia tidak menemami masa lapangku, kerja-kerja harianku, tidurku juga kerehatanku. Aku redha dia menjadi rijaal DeenMu sehingga dia umpama bukan milikku, tetapi milik dakwahMu. Ambillah dia ya Allah, gunakanlah dia di jalanMu, didiklah dia, tunjukilah dia jalan menuju syurgaMu, buanglah kecintaannya terhadapku seandainya itu yang menghalang dakwah kepadaMu. Ya Rahman, Ya Rahiim....kuatkanlah kami di saat kami diuji dan ditekan Ya Allah. Kami lemah tanpa kekuatanMu, Engkaulah sumber kemenangan dan keteguhan hati kami...”


            Basah telekung putih
Syafarah  dihujani air mata munajatnya. Dia menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Ya Ilaahi...sekiranya ini yang Engkau mahu, inilah yang aku terima sepenuhnya dariMu, Syafarah  berbisik sendiri. Majlis akad nikah telah selesai malam tadi. Saudara-maranya sibuk membuat persiapan kenduri kesyukuran unuk esok hari. Malam ini adalah malam dia bersama Allah lagi, seperti malam-malam sebelumnya. Dia memberitahu Rabbnya apa yang terjadi. Bukan dia tidak menyedari Allah menyakiskan segala yang berlaku, namun ruh ubudiyyah yang menyelubungi atmanya membuatkan dia tidak tenang tanpa menceritakan semuanya kepada Allah. Dia amat tenang setiap kali selepas lidahnya melafazkan...Ya Allah,aku redha Engkau penyusun hidupku. Susunlah ia sesuka hatimu kerana aku hambaMu.

Abdullah Mas’ud memandang isterinya dari jauh. Syafarah  sedang mesra berbual-bual dengan tetamu uminya. PadaMu kami memuji dan memuja ya Allah, bisik Abdullah Mas’ud. Semoga dia menguatkan hatiku yang lemah, merangsang jiwaku yang banyak berehat, dan menghampirkan aku dengan redha Mu ya Allah. Pemuda itu berdo’a lagi.

“ Akhi, ana ingin menyampaikan keresahan di hati ana, sudikah anta mendengarnya?” Syafarah  berbicara lembut selepas mereka selesai solah tahajjud berjamaah pada malam itu.
“ Apakah lagi yang merisaukan dirimu ya zaujati? Kita telah melaksanakan sunnah Rasulullah yang disukainya,”
“ Ya, anta benar, kita telah pun menjadi suami isteri yang sah di sisi Allah. Namun, apakah iman dan takut kita kepada Allah akan sah di sisiNya bermula saat ini hinggalah kita mati dan berjumpa denganNya nanti?”
Abdullah Mas’ud terdiam. Tiba-tiba air matanya tumpah. Ya Allah...benarkah iman kami?


Wallahua’lam.
(Part 2)

“ Khaulah, malam ni kita buat halaqah boleh? Hati ana dah tak tahan dah ni, iman ana  dah nyawa-nyawa ikan. Dah berapa bulan kita tak bersama,” Kata Syafarah  pada Khaulah ketika mereka sedang dalam perjalanan ke  Manchester University of Science And Technology.

“ Malam ni actually ana ada perjumpaan Exco PPIMUK.”
“ Kalau minta uzur syar’ie tak boleh ke?”
“ Mana boleh, ana Exco Tertinggi. Kalau tak datang, jatuh reputasi. Lagipun kami ada projek besar nanti menjelang Aidil Fitri hujung tahun ni. Sorilah Syafarah , kita tangguh boleh?”       
 “ Ukhti…ana cakap sikit boleh?”
“ Cakap apa? Ana kalut ni,” Jawab Khaulah diiringi senyuman kering.
“ Takpelah kalau macam tu. Kita cakap kemudian. Cuma….Cuma   ana nak sampaikan pada anti yang actually ana nampak anti dah jauh dari track kita. Errr…that’s all. We meet tonight, InsyaAllah.”
Syafarah  menyudahi bicaranya di situ. Gadis Penang  itu dapat merasakan yang dia sudah tidak ikhlas lagi terhadap Khaulah, yang semakin hari semakin berbeza. Dia tidak sanggup memandang anak mata Khaulah yang cantik itu di saat dia melepaskan kalimat itu tadi. Entah apa rasa hati Khaulah agaknya….marah? geram? Tersedar? Wallahua’lam. Syafarah  dan Khaulah berpisah di situ. Khaulah melepasi pagar universiti manakala Syafarah perlu menaiki bas untuk ke fakultinya. Hati Syafarah  kembali pudar . Terkesima juga dia dengan jawapan Khaulah yang sudah dijangkanya Syafarah beristighfar…..lupa pula…..da’I perlu berbesar hati dan berlapang dada berhadapan dengan seribu satu situasi yang menyukarkan proses berlaku. Dia sahibahku….bukan orang lain!!

. “ Kesibukan yang tidak ke mana-mana…” Syafarah  mendengus sendirian. Beginilah masa-masa Mukmin dihabiskan. Mukmin terlalu sibuk dengan agenda kehidupan yang belum pasti. Mesyuarat siang malam, namun maksiat terus berleluasa, malah semakin dahsyat. Mukmin telah terlupa beramal tanpa noktah bidayah yang betul akhirnya membuahkan bibit-bibit kefuturan yang busuk. Semangat semata-mata akhirnya tidak ke mana-mana.

“ Nak survive macam mana kalau tak ada halaqah? Along cakap senang la. Along kat sana ramai sahabat-sahabat yang soleh. Tersilap ada yang menegur. Tengok kereta sahabat pun dah cukup untuk membina kesungguhan. Syafarah  kat sini dah lah hidup disekeliling manusia laknatullah. Mana mungkin seorang manusia yang tidak terdidik dapat mendidik manusia lain?”

“ Habis tu, Syafarah  nak cakap Syafarah sanggup tunduk pada jahiliyyah dan kekufuran?!” Mus’ab membidas butir bicara adiknya.Tajam. Mus`ab tersentak mendengar idea-idea Syafarah  yang tidak matang. Tak bersedia, tak mampu, tak layak, hati kotor lah, jauh dari Allah lah…tidak ada kekuatanlah…dan seribu lagi alasan yang bermacam wajah dan rupa. Baginya, manusia yang hidup diselaputi udara jahiliyyah punya peluang yang begitu besar untuk lebih mendekati Allah. Dan yang paling penting, melaungkan seruan dakwah ilallah adalah perkara asas yang wajib dimulai.

“ Bukanlah macam tu Along.”
“ Selagi mana kita tidak bertindak untuk meruntuhkan jahiliyyah, selagi itulah kita dikatakan redha kepada system yang menghina Islam Syafarah  ingat dakwah tu pergi bagi ceramah macam pendakwah bebas tu ke? Sekadar bagi ceramah tidaklah namanya mendukung Risalah, tetapi kerja kita sekarang ialah membentuk peribadi yang selari dengan kehendak Allah Syafarah  tak perlukan modal, you do not need transport, or money, or anything else. Cukuplah kalau mereka punya hati dan hidup mencari sesuatu yang lebih bermakna.”
“ Hati Syafarah  pun lesu, nak sentuh hati orang macam mana…”
“ Inilah masalahnya. Dah tau hati tu tak ada tenaga, do something Kak Long.”
“ Syafarah  dah buat macam-macam!! Along tak faham ke? Syafarah  sampai tahap tension sebab tak tau bagaimana nak rawat hati ini lagi. Argh…..kadang-kadang  Syafarah  lebih gembira mati dan tidak pernah ada di dunia ini. Tak perlulah Syafarah  berhadapan dengan Hari Pembalasan Allah yang sangat menakutkan.”

Mus`ab diam seketika. Dia cuba menyelami hati adiknya. Rasa lemah? Rasa tak berdaya? Donno to do anything? Aku juga pernah melalui stage itu. Stage yang dahsyat! Dia tidak ingin kembali ke marhalah itu. Ya….para du`at juga punya keletihan masing-masing. Kesilapan demi kesilapan yang diulang tanpa perubahan lah yang mencampakkan para da’I ke lembah duka dan gelisah. Adakalanya da’I terfikir aku tidak selayaknya lagi bersama dengan kafilah ini. No!! Never and forever to think such the way!! Mana mungkin manusia yang normal terfikir untuk melepaskan segenggam emas dan permata ditangannya kerena kecewa dan duka. Bodoh…mungkin itulah panggilan yang paling sesuai buat mereka yang terfikir sedemikian rupa. Walau bagaiman jelek pun pakaian, walau bagaimana raa tak layak pun untuk untuk memakai permata di tubuh, tak mungkin permata itu dibuang. Kan?

“ Keluarlah dari kepompong, lihat dunia disekeliling Syafarah  dengan hati.  Dunia menderita kerana mereka kehilangan hati mereka sendiri. Sedang kita tertipu untuk melengkapkan diri semata-mata tanpa menyeru orang lain kepada Islam. Kita bukan nak jadi ahli sufi semata-mata, tapi kita perlu menjadi da’I dan murabbi. Sesungguhnya dakwah lah yang mendekatkan diri kita dengan Allah, dakwah lah yang memberi kita ruang untuk sentiasa memperbaiki diri, Manusia yang hanya tahu untuk memperbaiki diri tanpa memulakan dakwah adalah manusia yang hidup untuk dirinya sendiri. Lihatlah masyarakat yang menderita di sekeliling Syafarah , normal kah Syafarah  kalau tidak rasa kasihan dan mahu membantu mereka? Bukankah Islam itu kekuatan dan kemenangan?”

Syafarah  diam membisu. Ada benarnya tamparan kata-kata Alongnya. Dia sudah melupakan penderitaan ummah. Hatinya tidak terdengar tangisan sang ibu kehilangan anaknya...dirogol, dibunuh, dilarikan, ditipu, dan diperkosa iman mereka. Dia lupa pada jerih payah sang ayah mencari nafkah siang dan malam sehingga melupakan anak-anak. Anak-anak dibiar subur bersama jahiliyyah. Lalu anak-anak menjadi manusia yang lupa diri, gelap cita-cita, dan paling menyayat hati; anak-anak muda kehilangan kekuatan untuk menempuh perjalanan kehidupan. Dia lupa pada derita masyarakat dihimpit ideologi-ideologi manusia. Jiwa insan ditikam ketidakselesaan, keresahan, kehasadan dan kefasikan. Manusia menjadi hamba manusia. Siang malam ditempuhi dengan penuh kesengsaraan jiwa. Lupakah dia pada derita yang tidak pernah terbayang begitu dahsyatnya? Kemiskinan bukanlah sengsara yang hakiki, tetapi kemiskinan jiwa merupakan segala-galanya. Oh Allah, bala apakah yang menimpa umat ini?

“ Baiklah Syafarah,  Syafarah fikirlah dengan iman. Kita sudah tidak ada masa untuk duduk lagi. Ingatlah wahai da’I ilallah, jauhkanlah diri  Syafarah  dari segala yang bernama al-hawa’.” Perbualan tarbawi mereka terhenti di situ diakhiri dengan ucapan salam. Syafarah  mendapat sedikit kekuatan untuk segera bangkit kembali. Kita dah tak ada masa….detik hatinya
.
*****Will be continue******